5.5.11

Cinta vs Sayang



Just nak kongsi pe bezanya Cinta, Sayang, Suka dan Minat

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je) dan selalunya bile kehilangan cinta adalah amat melukakan daripada kehilangan yang lain.



Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya) bila kita kehilangan kita akan sedih tapi mudah untuk kita melepasknnya pergi walaupun kadang akan merinduinya.



Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…) kadang-kadang akan timbul perasaan menyampah pun ada.



Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… ) selalunya Minat ditujukan kepada seseorang yg mmg mustahil untuk kita miliki.


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Mostly lelaki akan mempunyai keempat-empat rasa terhadap 4 perempuan yg berlainan. Ini berbeza ngan perempuan yang kebiasaannya hanya ada 2 saja.. iaitu Cinta atau sayang dan Cinta atau minat. Herm sebab tu la kot lelaki mudah jatuh cinta banyak kali..

p/s: Jangan caye sgt.. just merapu je malam2 nih.. :P